? ??????????????Heart Gloss? ????? ?? ???Rating: 4.3 (130 Ratings)??871 Grabs Today. 34475 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Love Scribbles (Pink)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (35 Ratings)??861 Grabs Today. 27020 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 1, 2010

RASULULLAH s.a.w. TELADAN UMAT ISLAM


Bersama kita hayati firman Allah SWT:

لقدكان لكم فى رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الآخر

Mafhumnya: Sesungguhnya pada Rasulullah SAW itu ada peri pekerti yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan redha Allah dan hari Akhirat.Manakala dalam sebuah hadith sahih turut menerangkan perkara ini.


Sabda Rasulullah SAW:

(إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق...( الحديث

Mafhumnya: Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak...Beruntungnya Umat Nabi Muhammad SAW


Sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam kepada Junjungan Besar SAW. Untuk menceritakan fadhilat amalan selawat ini, sudah diketahui umum. Cuma untuk menaikkan semangat cintakan Rasul Junjungan ini semoga dapat kita hayati sebuah mafhum hadith riwayat Tirmizi yang bermaksud: "Orang yang paling dekat denganku di akhirat kelak adalah orang yang paling banyak membaca selawat kepadaku."



Dalam riwayat yang lain juga ada menyatakan mafhumnya: Suatu ketika pernah Nabi SAW ditanya oleh seorang sahabat, "Siapakah orang yang paling bakhil ya Rasulullah?" Baginda menjawab, "Orang yang bakhil adalah orang yang berat lidahnya untuk berselawat kepadaku."Justeru itu apa lagi alasan untuk kita merasa malas untuk mencintai, mempertahankan baginda SAW dari sebarang kritikan dan tohmahan sedangkan bagindalah yang telah berhempas pulas dalam memastikan Islam tersebar di seluruh pelusuk dunia.


Contohi Rasulullah Laksanakan Tuntutan Islam


Kebanyakan pemimpin Islam di seluruh dunia mengharapkan kepimpinan di seluruh peringkat mencontohi Rasulullah SAW dalam semua sudut sebagaimana pembawakan baginda terus dari Allah untuk disampaikan kepada umat manusia. Pembawakan manifesto yang datangnya dari Allah di bawah naungan Islam yang indah sentiasa terarah dengan adil dan saksama tanpa diskriminasi. Bukan omongan kosong dan bukan janji-janji manis. Bahkan Islam yang dibawa oleh baginda juga merupakan sesuatu amanah dari Allah yang dipikul dengan sebaik-baiknya untuk diterima pakai oleh semua umat manusia dan jin.


Akan tetapi fenomena yang berlaku sekarang umat Islam lebih mementingkan habuan dunia, material dan diri sendiri. Tujuan asal mereka melaksanakan pentadbiran sesebuah negara yang diwar-warkan sebagai negara Islam akan tetapi hakikatnya mereka menjual agama untuk mendapatkan habuan dunia yang hanya sementara. Perkara seperti inilah yang perlu dibanteras dari akar umbinya lagi bagi menyediakan sebuah negara yang bebas dari korupsi untuk generasi yang akan datang.


Kepada sahabat-sahabat, seluruh saudara seakidah sedarilah hakikat perjuangan Rasulullah SAW dan nilailah terhadap sesebuah pemerintahan adakah berlandaskan kepada tuntutan Quran Sunnah ataupun sebaliknya. Janganlah kita mencampakkan diri kita ke dalam api neraka kerana bersekongkol dengan pakatan liberal, sekular dan pelbagai ideologi. Segalanya termaktub dalam sisipan kalam Allah, kitab pelengkap kitab-kitab terdahulu dengan akidah yang satu dan hala tuju yang sama iaitu mengesakan Allah.

0 comments: