? ??????????????Heart Gloss? ????? ?? ???Rating: 4.3 (130 Ratings)??871 Grabs Today. 34475 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Love Scribbles (Pink)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (35 Ratings)??861 Grabs Today. 27020 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, March 15, 2010

Bingkisan Cinta








Bingkisan CINTA



Cinta adalah keabadian... dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami. Siapa pun pandai menghayati cinta tetapi tak ramai yang pandai menilai makna cinta sebenar kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat daripada mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, menghidupkan yang mati, dan memberi kehidupan kepada seseorang yang lemah. Inilah dasyatnya CINTA!!





CINTA,CINTA...& TERUS BERCINTA...



Rasa cinta bertandang dalam jiwa tanpa diundang. Keinginan itu tidak payah dipelajari atau dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang-kala ia cuba dilawan, namun rasa yang 'ajaib' itu terus datang bertamu mengetuk pintu hati setiap insan. Tidak kuasa untuk menolaknya, apalagi kalau cinta disuburkan, maka makin marak dan menggila jadinya. Apabila cinta mencengkam jiwa, makan tak kenyang, tido pun tak lena dibuatnya. Seindah dan sedamai syurga, namun Nabi Adam inginkan teman, lalu ALLAH menciptakan Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita adalah cucu pewaris rasa cinta itu akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama dengan insan tersayang.

Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Ya, rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semula jadi yang ALLA kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai itu lumrah dunia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad memerlukan makanan. Oleh kerana itu fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun ALLAH tidaklah kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. DIA menciptakan peraturan cinta demi menjaga kemuliaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tiada salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah selalunya remaja terjebak. Mereka tidak pernah menghiraukan segala larangan ALLAH malah makin terbuai dalam alam cinta yang penuh keasyikkan.

Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah serta cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia. Sebaliknya pula bagi cinta yang berlandaskan hawa nafsu dan hasutan syaitan, ianya pasti tidak akan berkekalan selamanya membahagiakan. Mungkin segalanya akan terasa INDAH namun itu semua hanyalah tipu muslihat syaitan semata-mata. Malahan boleh menyebabkan rasa gundah gulana,resah dan akhirmya kecewa. Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman:
Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.aw sebagai cinta yang paling utama,
mencintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan
benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan
dalam neraka "
-Riwayat al-Bukhari-
Sayang i really need u...
Bila kita dapat berita gembira, siapa yang pertama kita bagi tau?
Bila kita ditimpa kesusahan, siapa jadi tempat kita mengadu?
Bila kita keseorangan, siapa yang akan menemani kita?
Bila kita perlukan bantuan, siapa yang kita minta tolong?
Jawapannya sudah tentulah orang yang sentiasa dekat dengan kita..Betul tak?Dia yang setiap malam kita rindu,dia yang setiap hari kita call dan dia jugalah setiap masa kita nak ambil tahu tentangnya...~caring~
Apabila diri telah dikuasai magnet cinta semuanya tampak indah belaka. Pada pandangan mata dialah yang sempurna dan yang terbaik. Dialah segalanya!! Tetapi cuba kita berfikir sejenak, siapa yang telah menciptakan kita atas muka bumi yang fana ini? siapa yang telah memberi nafas untuk kita terus bangkit mengejar harta dunia?siapa pula yang telah memberi kita sekeping hati untuk kita merasai nikmat cinta yang sebenar?Maha Agung, lagi Maha Tinggi yang telah mengaturkan segala perjalanan hidup kita sejak kecil tika kita hanya mampu menangis sahaja sehingga kita dewasa mampu menjadi hambanya yang berada dijalan yang lurus. Mengapa tidak kita meminta pertolongan dari DIA. Mengapa masih mengharapkan bantuan insan kerdil yang punya banyak kelemahan. Mengapa tidak merintih mengadu nasib dihadapanNYA sewaktu kita ditimpa kesusahan? Sedangkan DIA Maha Mengetahui segala apa yang tidak diketahui oleh manusia. Umpamanya dugaan tika kita terpaksa berpisah dengan insan tersayang. Bertahun lamanya, menyulam kasih..menyimpan segunung harapan untuk sehidup semati bersama,namun akhirnya punah apabila perpisahan melanda tiba-tiba. Sebagai seorang hambanya kita perlu redha atas apa yang telah berlaku dalam hidup kita. Kita juga perlu ingat bahawa ALLAH sahaja yang mengetahui segala-galanya seperti dalam surah
Al-Baqarah ayat 216 :
" Boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu,
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya "
BERSABARLAH DUHAI PARA PEMUDI,
SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH SEPERTI TOMBOL PINTU,
ADALAH MENJADI HAK ANDA UNTUK MEMBUKA PINTU ITU KEPADA SESIAPA SAHAJA..
TAHANLAH PINTU ITU DARIPADA MEREKA YANG BUKAN MENJADI HAKMU...
JAGALAH PINTU ITU SEHINGGALAH YANG HAK ITU DAPAT MEMBUKANYA SECARA HALAL

0 comments: