? ??????????????Heart Gloss? ????? ?? ???Rating: 4.3 (130 Ratings)??871 Grabs Today. 34475 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Love Scribbles (Pink)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (35 Ratings)??861 Grabs Today. 27020 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 3, 2010

KiSAH BeNar : MeNgaNdUnG LuAr NiKaH DaN BuaNg BaYi





“Saya sedang mengandung lapan bulan. Saya perlukan tempat untuk bersalin. Ibu dan bapa dia tahu anak dalam perut saya adalah anak dia. Saya pernah tidur dengan dia di rumah dia. Ketika itu ibu dan bapa dia tidak berkata apa-apa. Sekarang mereka mendakwa, entah anak dalam perut ini anak jantan mana. Saya tidak mahu buat laporan polis kerana kasihankan dia. Dia sedang menjalani latihan (badan beruniform).Malah pegawai di situ beritahu, tak payahlah report, kasihan dia. Nanti saya hantar awak ke JKM. Dia orang ada tempat bersalin” diantara sedutan laporan yang dibuat kepada agensi berkenaan. Masalah pembuangan bayi samada di kalangan remaja atau orang dewasa bukanlah sesuatu yang perlu disimpatikan. Lain pula kata sesetengah ahli NGO. Ggolongan yang membuang atau memusnahkan bayi adalah mereka yang memerlukan perhatian. “Perhatian” ini diandaikan dan di
sinonimkan NGO sebagai ‘masih ada yang menyanyang”. Suatu andaian atau kiasan yang tidak masuk akal.


Laporan Khas: JKM sedia lindungi anak tak sah taraf (BH 07.05.07)

Oleh Azrul Affandi Sobry

Adakah kerana mereka tidak disayangi sebelum ini lalu ‘termengandung’ untuk disayangi? Atau, adakah kerana mereka di dalam keadaan tertekan, didera, diabaikan dan sebagainya membuatkan mereka mengandung ? Persoalannya, adakah ketika persetubuhan dilakukan dengan keadaan rela atau dipaksa? Adakah ketika persetubuhan dilakukan dalam keadaan susah hati, kecewa, tertekan, dipukul, diterajang dan sebagainya ? Di manakah persetubuhan dilakukan ? Siapakah pasangan tersebut? Bila dilakukan ?
Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memaklumkan bahawa agensi tersebut menubuhkan unit membendung gejala membuang bayi. Pada hemat saya ini merupakan taktik ‘testing the market’. Apa tidaknya, mereka sudah lama menjalankan tanggungjawab menyelamatkan kes pembuangan bayi. Ada yang memberitahu sejak JKM ditubuhkan hampir 60 tahun yang lalu.
Sumber JKM juga mengatakan bahawa ‘bakal’ pembuang bayi akan juga dibantu dengan kewangan jika bayi tersebut diserahkan kepada agensi tersebut ? Apakah yang dimaksudkan ?
Malah ramai kakitangan agensi berkenaan dan badan kebajikan sukarela yang mengendalikan kes seumpamanya memberitahu mereka sebenarnya terlibat dalam kes subhah. Seolah-olah menjadikan agensi atau tempat NGO sebagai kilang beranak. Dari dahulu lagi pegawai atasan agensi berkenaan belum dapat menyelesaikan perkara ini. “Itu sebabnya they are testing the market dengan mengatakan bahawa ibu dan bayi akan dilindungi dari dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa” kata En X .
Selama ini pun kes-kes pembuangan dan penderaan ‘diselamatkan’, diberi perlindungan, diberi kaunseling dan sebagainya. Malah dari A sampai Z.
Pelaku persetubuhan samada yang lelaki atau yang perempuan bukanlah mangsa kecuali dilakukan secara paksa. Kes paksaan dikategorikan sebagai kes rogol. Mangsa rogol wajib diselamatkan, diberi perlindungan dan dikaunselingkan.
Jika kes suka sama suka seperti yang sedang berlaku sekarang dibiarkan dan disokong, maka tunggu dan lihatlah , beribu lagi kes-kes baru akan muncul. Perangkaan terbaru mengikut sumber JKM adalah seperti berikut:
“ .. pada 2004 hingga 2006 mencatatkan 145 bayi iaitu 56 bayi lelaki dan 89 bayi perempuan diserahkan kepada JKM dalam keadaan yang masih hidup dan sihat. Tetapi jumlah itu berbeza dengan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencatatkan 176 kes bayi terbuang dalam tempoh sama, kerana jumlah bayi dicatatkan polis termasuk bayi dijumpai mati”
Ini tidak termasuk yang diserahkan melalui pintu belakang termasuk oleh kakitangan hospital atau pelegar awam yang sering menjadi orang tengah seperti yang berlaku di beberapa hospital baru-baru ini.
Bacalah apa yang diceritakan oleh seorang gadis yang pernah mengandung:
“Kawan lelaki saya membawa saya menaiki motosikal ke rumahnya. Ibu dan bapa dia ada di rumah ketika itu. Saya berjumpa dengan mereka. Saya bermalam disalah sebuah bilik di rumah teman saya itu. Empat kali dia lakukan. Pada mulanya sakit. Dia tak pakai kondom. Tetapi saya tak kisah selepas itu. Esok pagi dia hantar saya balik. Lepas itu kami melakukan lagi beberapa kali termasuk di rumah kawan. Sekarang saya mengandung tujuh bulan. Dia tak mahu saya. Sudah ada perempuan lain”.
Mangsakah gadis ini ? Melakukan persetubuhan secara gembira dan sukarela dengan pengetahuan bakal ibu dan bapa mertuanya ? Masih ada yang tidak menyanyanginya ?
Biasanya yang diselamatkan adalah mangsa. Bukan yang secara sukarela. Perlukah suami isteri yang bersetubuh diselamatkan ? Sisukarelawan bersetubuh tanpa ikatan yang sah adalah pencaci agama dan peruntuh moral bangsanya. Mereka perlu dihukum.
Agensi kerajaan atau badan NGO wajib membantu menyelesaikan kemelut ini. Gadis dan wanita hendaklah diberi perlindungan sehingga lahirnya bayi. Jika susah, bapa bayi perlu dicari melalui kaedah DNA . Selepas itu dakwa mereka berdua di atas kesalahan yang dilakukan . Sesiapa sahaja yang memberikan ruang tempat berlakunya perkara keji itu tidak sepatutnya terlepas dari hukuman.
Barat dan timur mempunyai nilai kemanusiaan yang berbeza. Seorang kawan yang pernah belajar di Amerika memberitahu bagaimana ia melihat adegan ranjang dan persetubuhan dilakukan di bawah tangga bilik kuliah oleh pelajar di sana. Mampukah kita menerima slot ini di sini dengan alasan “masih ada yang sayang”.
Cadangan memberikan insentif oleh agensi seperti ini bukan sahaja penggalak kepada seks luar nikah malah nun di hujung sana sudah kelihatan nilai-nilai keruntuhan peradaban dan tamadun bangsa.
Pelaku melakukan dosa dengan keseronokkan sementara. Kakitangan agensi penyelamat bersubhat memberikan perlindungan dan insentif. Apa kata para mufti ? Testing the market !

0 comments: