? ??????????????Heart Gloss? ????? ?? ???Rating: 4.3 (130 Ratings)??871 Grabs Today. 34475 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Love Scribbles (Pink)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (35 Ratings)??861 Grabs Today. 27020 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 7, 2010

Mengikut hawa nafsu!!!


REMPIT NYAWA MELAYANG!!!

Sejak akhir-akhir ini kegiatan pelumba haram motosikal ataupun dikenali sebagai Mat Rempit mendapat perhatian yang ketara daripada masyarakat. Malah terdapat sebuah filem yang menceritakan kisah Mat Rempit ini dan mendapat sambutan. Filem ”Remp-It” ini menambah lagi keprihatinan khalayak untuk mengetahui kewujudan golongan remaja dan belia yang rata-ratanya anak muda dan cukup sempurna fizikalnya.

Istilah Mat Rempit telah dipopularkan oleh media. Perkataan ”Rem” adalah perlakuan memulas pedal tangan pada motosikal bagi memerah minyak sebagai aksi memecut. Semakin kuat pulasan, semakin lajulah motosikal berkenaan. Si Rempit akan bersorak jika dapat memecut dan memintas rakan-rakan yang lain. Manakala ”Pit” adalah dari perkataan ”pit stop” yang ada di litar lumba. Gabungan perkataan ini membentuk ”Rempit” yang menggambarkan pelumba motosikal melakukan pelbagai aksi kreatif, menarik dan membahayakan. Mat merujuk kepada pelaku atau penunggang motosikal ini. Perkataan baru yang boleh dipopularkan ialah ”merempit” yang bermaksud melakukan aksi lumba motosikal dan boleh mendatangkan mudarat kepada penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.

Mat Rempit menjadi beban sosial kepada masyarakat dan negara. Beban kepada diri mereka sendiri adalah perilaku jenayah apabila dikaitkan dengan kematian dan mendatangkan kecederaan. Sehingga kini beberapa kes kematian melibatkan pelumba haram motosikal dikaitkan secara langsung dengan mereka termasuk kes bergaduh dan berakhir dengan kematian Mat Rempit Kampung Pandan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Di Pulau Pinang pula, sekumpulan Mat Rempit membaling batu ke arah Balai Polis Kubang Semang kerana tidak puas hati dengan tindakan polis menahan dua orang rakan mereka yang sedang merempit.




Sanggup mati katak

Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.


INFO: Mat Rempit

# 76 peratus pernah ditahan polis sekurang-kurangnya sekali atau kesalahan sama atau jenayah.
# 24 peratus daripada mereka ialah mat rempit baru (ikutan).
# 11 peratus daripada mereka adalah pelajar termasuk Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kajian:

# pembabitan Mat Rempit dalam Jenayah (560 responden)
# Faktor Pembabitan Mat Rempit (100 responden)
# Mat Rempit dan Hubungan dengan Masalah Sosial (108 responden)

Kawasan kajian:

# Zon Utara (Kedah dan Pulau Pinang)
# Zon Tengah (Kuala Lumpur dan Perak)
# Zon Pantai Timur (Terengganu dan Kelantan)
# Zon Selatan (Johor).



Antara geng mat rempit:

# Apache (Kuala Lumpur)
# Budak Shell (Kuala Lumpur)
# Man Botak (Pantai Timur)
# Man Kerinting (Pantai Timur)
# Skuter Boys (Sungai Besi, Kuala Lumpur)

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:

# Yamaha RXZ
# Honda EX5
# Yamaha Nuovo
# Suzuki 100
# Modenas Kriss

0 comments: