? ??????????????Heart Gloss? ????? ?? ???Rating: 4.3 (130 Ratings)??871 Grabs Today. 34475 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????????Love Scribbles (Pink)? ????? ?? ???Rating: 4.5 (35 Ratings)??861 Grabs Today. 27020 Total Grabs. ??????Previe BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 3, 2010

PaNdANgAn MaSyArAkAt TeRhAdAP SoSIaL zAmAn SeKAraNg

Datin Rosmah Mansor (Isteri Perdana Menteri) : " Saya mahu belia terutama wanita supaya tidak bersikap terburu-buru dalam melakukan sebarang tindakan termasuk membuang bayi yang dikandung tanpa memikirkan akibatnya. Saya kesal dan sedih dengan peningkatan kes yang semakin ketara sejak kebelakangan ini menyifatkan tindakan terbabit sebagai kejam."

Prof Madya Dr Mariani Md Nor (Pensyarah Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya) : " Suasana kerohanian institusi keluarga serta pegangan agama yang longgar memburukkan lagi keadaan. Remaja sudah hilang nilai moral dan sahsiah diri sehingga sanggup buat apa saja sama ada berzina sehingga lahir anak luar nikah. Akibat takut kepada ibu bapa mereka bertindak membuang anak. Tidak mustahil ada kes pelajar yang bersalin di dalam tandas sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru."

Mohd Zaidi (UiTM Shah Alam) : " Saya kesal dengan fenomena beberapa kes pembuangan bayi dalam masyarakat kita pada hari ini, seolah-olah menjadi satu trend. Trend ini boleh dikatakan hampir setiap tahun pasti ada saja kes membabitkan pembuangan bayi di negara kita. Adakah ini yang dikatakan kita sudah mencapai tahap pemikiran mentaliti yang moden. Ternyata sebenarnya kita masih jauh ketinggalan dan masih berada ditakuk yang tidak dapat membezakan baik buruknya sesuatu perbutan itu. Jika dilihat dari sudut pemikiran orang biasa seperti saya, kenapa tidak kita kategori kes pembuangan bayi ini sebagai kes menyebabkan kematian seperta kes bunuh yang lain. Hukumnya ialah sama dengan hukuman orang membunuh. "

Nur Aqilah Hanis Mohd Yusoff (Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak) : " Kita sedih dan terkejut dengan kes buang bayi yang berleluasa kebelakangan ini. Hasil cinta disemai berakhir di tong sampah, di tepi masjid dan semak samun. Inilah bahana apabila kita lupa Allah S.W.T sentiasa memerhatikan hamba-Nya. Saya tercari-cari apakah punca kebejatan sosial ini dan di mana silapnya. Lumrah manusia berusaha menyembunyikan kesalahannya. Daripada sanggup menipu hingga bergolok-bergadai memelihara keaiban diri. Dengan kecanggihan teknologi, gejala menyembunyikan kesalahan semakin ketara. Apatah lagi melakukan maksiat demi memuaskan nafsu. Si dara tidak kisah si teruna menyentuh jasad demi membuktikan cinta sejati. Sehingga tidak sedar cinta mereka menanam benih di dalam benih. Akhirnya tiada azan atau iqamat yang menyambut kedatangan bayi. Jalan terakhir, bayi bersemadi atau dibakar sehingga tiada siapa peduli. Inikah bukti cinta abadi ? Ingatlah, derai ketawa berganti tangis di hadapan Allah SWT nanti dan baru kita sedari, hakikatnya Allah SWT sering perhatikan kita."

Professor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj (Ketua Wanita Pusat Pertumbuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) : " Saya rasa dukacita dan kecewa terhadap peningkatan bilangan kes pembuangan bayi sejak akhir-akhir ini. Selain kes buang bayi, masyarakat negara ini turutdikejutkan dengan sindiket jual beli bayi bayi yang dikatakan beroperasi di Johor. Pendahan mengenai sindiket tersebut memberikan gambaran betapa rendahnya nilai nyawa dan kehidupan manusia sekarang ini. Mengenai punca kes-kes seumpama ini berlaku, biasanya bayi-bayi yang dibuang ataupun dijual lahir daripada kehamilan yang tidak dirancang dan dikehendaki. Antara punca utama kehamilan yang tidak dirancang dan dikehendaki dalam masyarakat adalah terhasil daripada hubungan zina."

0 comments: